Sunday, December 27, 2009

Aduh! Insomnia!


Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing



Adakah korang atau keluarga korang termasuk dalam golongan orang yang mengalami insomnia? Sebelum kita berbincang dengan lebih terperinci tentang insomnia ni, mari kita tengok apakah maksud insomnia. Kalau aku duduk syok sendiri terang benda ni baik tak payah. Ok, mari kita bercerita dengan lebih jelas. Insomnia atau lazimnya disebut sebagai kesulitan tidur adalah satu tabiat, mungkin juga disebut sebagai penyakit. Sesetengah orang menganggap insomnia perkara biasa dan tak perlu diambil berat. Tapi tahukah korang yang insomnia boleh menganggu keadaan psikologi dan fizik. Malah lebih teruk lagi, insomnia boleh menyebabkan kematian.






Sebenarnya, apa insomnia itu?

Jika insomnia disebabkan oleh faktor psikologi seperti stress dalam jangka waktu tertentu yang disebabkan situasi sosial, masalah peribadi yang tak habis-habis, krisis rumah tangga, krisis dalam bisnes, dan lain-lain maka insomnia ini tergolongdalam insomnia yang disebabkan faktor psikologi. Namun begitu, jika korang hanya mengalami insomnia hanya 1 atau 2 hari dan hal ini disebabkan oleh kawasan rumah korang yang bising sebab mat rempit maka korang hanya perlu pindah tempat tinggal untuk menyembuhkan insomnia korang tu. Simple kan?

Tapi kalau korang menghidap insomnia sebab ada sakit fizik, insya-ALLAH insomnia korang tu akan sembuh bila penyakit korang sembuh. ;) Aku akan terangkan insomnia yang disebabkan oleh faktor psikologi kerana faktor ini boleh menyebabkan kematian. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, cuba korang fahami definisi insomnia.:)

Apakah Insomnia ?
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-IV (DSM-IV), mendefinisikan insomnia sebagai kesulitan untuk tidur, mempertahankan tidur, merasa tidak fresh pada waktu bangun pagi dan mengalami kualiti tidur yang buruk

Penyebab Insomnia
International Classification of Sleep Disorder-Revised (ICSD-R), mengatakan bahawa penyebab terjadinya insomnia adalah disebabkan masalah-masalah psikologi, seperti stress, kecemasan, ketakutan, kekhuatiran, kemurungan disebabkan faktor tekanan pekerjaan, trauma kerana mengalami bencana, mengalami kekerasan atau KDRT, mengalami trauma, dll. Insomnia dapat menjadi kronik jika tidak segera ditangani.

Kesan Insomnia
1. Kemurungan
2. Susah untuk memberi tumpuan
3. Aktiviti harian terganggu
4. Prestasi kerja/belajar menurun
5. Mengalami kepenatan di siang hari
6. Hubungan dengan orang lain menjadi buruk
7. Meningkatkan risiko kematian
8. Menyebabkan kemalangan kerana keletihan yang berlebihan
9. Menyebabkan pelbagai penyakit

Kesan-kesan di atas tidak boleh dipandang ringan, hal ini demikian kerana keadaan ini boleh menjadi lebih serius dan membahayakan kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, penghidap insomnia perlu mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Aku akan terangkan bagaimana nak mengatasai insomnia. Try it, who knows you did it?

Cara Mengatasi Insomnia
Kalau insomnia korang terjadi disebabkan oleh faktor psikologi, jadi sebaiknya korang berjumpa psikoterapi kerana insomnia korang disebabkan oleh faktor-faktor psikologi. Korang wajib berjumpa dengan kaunselor atau sesiapa yang berkaitan untuk bercerita secara terbuka tentang penyebab insomnia korang dan fikirkan bagaimana nak healkannya..

Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Keluarga pesakit haruslah sentiasa memberikan sokongan dan support dari belakang supaya patient tak rasa alone.

Ada beberapa terapi yang dapat menyembuhkan masalah insomnia ni. Aku listkan kat bawah. ;)

1. CBT (Cognitive Behavioral Therapy)
2. Sleep Restriction Therapy
3. Stimulus Control Therapy
4. Relaxation Therapy
5. Cognitive Therapy
6. Imagery Training

Tak tahu atau tak pernah dengar nama terapi ni? Haizz, pergi lah GOOGLE. Google akan membantu semua masalah korang. ;)

Itu je yang aku nak share dengan korang sebab lately ni aku macam dah terkena insomnia pulak. Tapi aku still boleh tidur dan takde la kesan-kesan yang buruk. Semoga artikel ni dapat membantu korang semua. Waalahualam.

Yang ikhlas berkata-kata
i

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

3 komen:

Nasif said...

bdk2 asrama la selalu camni ngan bdk yg sangap komputer....haha

Shah said...

oho.. ko x tergolong ke nasif?

D3|i said...

alhamdulillah..aku x tergolong...xD

Post a Comment