Saturday, December 26, 2009

Salam Sejahtera Dari Johor


hgh

Siapakah aku? Nama aku sebenarnya Yusmahwazrul Shah bin Mohamad. Tapi actually aku ada banyak nama, tak reti nak explain macam mana. So, better tak payah cerita. Ada orang panggil aku Farrel,Shah,Aaron. Tapi siapa pun aku, aku tetap seorang manusia. :)






Aku lahir pada tahun 1994, and I guess korang semua mesti tahu umur aku berapa. Kalau tak tahu, diam-diam sahaja. Tarikh lahir aku pula ialah pada hari Gawai. ^_^ 1 Jun. Bangga betul, sebab semua orang Sabah & Sarawak sambut birthday aku. For those who have a intention nak belikan aku hadiah hari jadi, sila jangan segan-segan ya.. Aku sedia menerima. ;)


Aku tinggal di Johor Bahru walaupun lahir di Batu Pahat, aku merupakan anak bongsu dari enam orang adik beradik. Aku nak kata miskin tak adalah sangat dan nak kat kaya pun tak adalah sangat. Raya nanti jemputlah datang rumah, kalau rumah dekat la... Tak paksa.. ^_^

Hobi

Aku suka melayari internet. Selain itu, aku juga suka mereka grafik. Aku taklah sehebat mana dalam bidang ni, tapi kalau nak buat apa-apa still boleh lah.. For your information, aku suka membaca. Tak kisahlah apa-apa buku pun. Novel,komik, semuanya aku kebas. Kata orang membaca itu jambatan ilmu.

Lain-lain aku suka dengar lagu, belajar programming dan kacau cikgu-cikgu serta kawan.. Kalau rajin aku akan menulis cerpen.


Suka / Tak Suka

Aku suka buku. Aku suka internet. Aku suka tidur. Aku suka berkawan. Aku tak suka orang yang sombong.

Filem / Anime

Aku suka banyak filem. Kalau aku listkan disini, mungkin sampai esok tak habis. So, aku summarize kan seringkas yang boleh. Aku suka cerita yang berbentuk romantik, seram, komedi. Tak mahulah yang terlalu serius. Nak tengok pun tak ada mood kalau genre macam tu.

Kalau anime aku pilih anime Naruto, Naruto Shippuddin, Detectif Conan dan Bleach. Itu sahaja rasanya at the moment.

Penyanyi

Aku suka penyanyi yang selamba, ada style sendiri. Tak meniru artis lain. Aku juga tak suka indie, jangan paksa aku dengar.

Aku suka Jason Mraz, Fall Out Boys, Lady GaGa, Selena Gomez, Demi Lovato,Miley Cyrus, Ukays, AXL, Haida,Azie, Data,Damasutra, Screen, Faizal Tahir, Rossa, Wali Band,Shireen Sungkar,Jonas Brother,Slash,Mac Rahayu. I can't remember all, tapi yang sedia aku mentionkan ni memang favourite aku. ^_^



Bagi aku, penyanyi lama lagi bagus dari yang baru. :).. Klik pada play button  kalau nak dengar lagu yang aku suka gila-gila..

Harapan
Aku harap aku akan berjaya mencapai cita-cita yang aku idamkan. Aku juga berharap semua rakan-rakan aku akan berjaya di dunia dan di akhirat. :) Aku sayang SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMPAS!



Penutup

Terima kasih kerana membaca dan harap tak terasa hati dengan apa-apa penyataan di atas. :D

Yang ikhlas berkata-kata
i


Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

0 komen:

Post a Comment